Mak Ayah Cacat Penglihatan, Anak Kecil ‘Ditambat’ Tali Jadikan Panduan


Dalam sesebuah institusi kekeluargaan, adalah merupakan kewajipan dan juga tanggungjawab untuk ibu bapa membimbing anak-anak mereka. Malah apabila anak-anak ini masih kecil, perhatian dan bimbingan daripada ibu bapa adalah satu perkara yang amat penting dalam pembesaran mereka.

Di banar Cebu yang terletak di Filipina, seorang pemuda yang dikenali sebagai John Cuenca Alterado, tular di media sosial disebabkan beberapa keping gambar yang dikongsikan olehnya. Foto-foto ini diambil secara kebetulan oleh pelaut ini kerana sedang berjalan-jalan disekitar Cebu ketika dia sedang bercuti di sana.

Foto-foto berkenaan tular secara langsung kerana memaparkan seorang kanan-kanak lelaki yang diikat tali dibadan oleh ibu bapanya.

Pada mulanya seakan-akan kelihatan pelik namun setelah diamati dengan teliti, rupa-rupanya ibu bapa kanak-kanak berkenaan merupakan golongan OKU yang mempunyai masalah penglihatan.

Lebih membuatkan ramai tersentuh, kanak-kanak berkenaan dilihat tersenyum dengan sangat comel walaupun terikat dengan kedua-dua orang tuanya yang cacat penglihatan.

Mendapat maklumat daripada penduduk sekitar mengatakan bahawa, anak beranak ini bukannya berasal dari bandar berkenaan, tetapi mereka semua menetap di kawasan gunung.

Indentiti dan juga maklumat penuh satu keluarga ini masih lagi belum dapat dikenal pasti. Walau apapun, foto-foto ini telah menyentuh perasaan dan memberikan inpirasi kepada ramai pihak.

Sumber: CDN.