2 Minggu Anak Tak Diberi Makan Sampai TnggaI TuIang. Jawapan Si Ibu Buat Doktor Mnangis Sebab Ger4m

 


Sejak akhir-akhir ini banyak dilaporkan kejadian tidak diingini berlaku kepada anak kecil yang menjadi m4ngsa pengani4yaan ibu bapa atau ahli keluarga sendiri.

Segelintirnya berpunca sikap ibu bapa yang leka mengejar kemewahan dan kerja sehingga lupa tanggungjawab utama.

Percaya atau tidak, ada ibu bapa yang sanggup membiarkan anak mereka tidak makan berminggu-minggu sehingga anak terpaksa bertarung ny4wa.

Begitulah kisah yang dikongsikan oleh seorang doktor wanita ini di laman sosial Twitter baru-baru ini. Dr Ana Yasmin Azmi telah memuat naik ciapan pada dua hari lepas di mana dia mengendalikan kes tenat seorang anak kecil.

” Hari ni rasa tekilannn sangattt. Pagi-pagi masuk kerja dah di’hadiah’kan kes ten4t.. Tunggang terbalik nak selamatkan ny4wa..Akibat ibu ayah yang… jenis TAK KISAH?” tulis Dr. Ana

— Dr Ana (Anayasminazmi) December 7, 2020

Ibu bagi alasan sibuk bekerja sehingga anak dibiarkan tidak makan sampai dua minggu

Menurut Dr Ana, ibu bapa kepada anak kecil itu terlalu sibuk bekerja dan mengambil remeh tentang pemakanan anak mereka yang tidak diberi makan sehingga dua minggu dan sampai tinggal tulang.

Anak kecil itu hanya dikejarkan ke hospital selepas tidak sedarkan diri dan tenat kerana tidak bertenaga. Dia tidak boleh bernafas dan heart rate pun semakin perlahan.

” Kenapalah ada ibu ayah yang tak kisah pada anak sampai anak tingg4l tulang.

” Bayangkan, anak tu nak gerak jari pun takda tenaga. Dia gerak mata je. Anak tu dah pengsan petang semalam, masih simpan di rumah. Tunggu tengah malam, taktau kenapa.

” Bila tanya tak nampak ke anak tu makin kurus? Jawapannya: “Saya kerja… Anak tak nak makan.. Saya nak buat apa?”

” Dia tak rasa berat badan macam tu tak normal untuk anak.. 2 minggu anak tu tak makan..air je minum..Mak masih rasa ‘dia ok je’.. Bila dah tak sedar diri baru nak bawa,” katanya.

Tambah Dr. Ana lagi sebelum mengakhiri perkongsiannya, jika dilihat dari segi pemakaian si ibu boleh dilihat bukanlah seorang yang tidak berduit.

Disebabkan jawapan si ibu tadi juga Dr. Ana menangis kerana geram.

” Bila tengok mak nya… Bergaya! Muka berkerut. Bila dah tenat kat icu, tak sedar dah.. Mak baru sibuk tanya “boleh suap makan tak?” Kenapa 2 minggu lepas tak suap??? Saya nangis geram..” akhiri Dr Ana

Susulan tularnya ciapan tersebut, rata-rata warganet geram dan sedih dengan sikap ibu kepada anak kecil itu yang seolah-olah tidak kisah langsung tentang ny4wa anaknya